Sejarah Qajar Wangsa_Qajar

Ketika zaman pemerintahan Fath Ali Shah Qajar, Iran berhadapan dengan kemaraan tentera Rusia. Buat pertama kalinya, Iran berperang dengan kuasa lain dalam era kolonial untuk kepentingannya sendiri. Tetapi, setiap peperangan berakhir dengan kekalahan dan Iran terpaksa menyerahkan beberapa wilayahnya termasuklah Georgia, Armenia dan Azerbaijan kepada Rusia.

Tahun-tahun berikutnya menyaksikan Iran memasuki era moden. Ilmu-ilmu sains dan teknologi-teknologi barat diimpot ke dalam Iran. Sistem pendidikan barat juga turut diperkenalkan.

Disebalik kejayaan-kejayaan ini, pemerintahan Qajar turut berhadapan dengan kemaraan kuasa-kuasa imperial barat terutamanya Rusia dan Inggeris. Shah Nasser-al-Din, salah seorang raja Qajar, cuba mengambil kesempatan diatas kesangsian antara Inggeris dan Rusia untuk mengekalkan kemerdekaan Iran. Malangnya, pemerintahan beliau turut mengalami kerosakan dengan campur tangan asing dan juga hutang piutang Iran dengan negara-negara barat.

Qajar juga semakin lama menjadi semakin lemah dan tidak berdaya untuk mengawal wilayah-wilayahnya. Kawasan-kawasan di Turkmenistan dan Uzbekistan hilang ditangan Rusia manakala Afghanistan jatuh ke tangan Inggeris.

Pada awal 1900-an berlakulah Revolusi Perlembagaan dimana gerakan ini berjaya menghalau keluar raja Qajar terakhir iaitu Shah Mohammad Ali. Punca revolusi berakar umbi daripada kelemahan raja-raja Qajar dan campur tangan Rusia dalam hal ehwal Iran. Revolusi disusuli dengan persaingan diantara Rusia dan Inggeris.